Thursday, April 4, 2013

Hari ini masyarakat ramai yang sudah buta politik, maka ini akan memudahkan mereka yang berkepentingan terus menerus merosakkan keadaan yang telah rosak. Perjuangan sudah langsung tidak ada melainkan dua perkara iaitu BU dan DU (BUDU) atau dengan ertikata lain makan dan seronok. Kita tidak pernah sedar bahawa minda kita sekarang ini ssudah dijajah. Akhirnya kita menang sorak dan kampong tergadai. Berbagai bagai kaedah diperkenalkan bagi menjajah minda kita akan tetapi berapa ramai yang sedar. Jika sedar, mana dan apa tindakkan anda? Jika ditanya kepada orang ramai APA FUNGSI AKAL? Ramai yang akan menjawab BERFIKIR. Akan tetapi kita lebih gemar menghafal dari berfikir. Untuk digelar pandai dan bijaksana kita hanya perlu menghafal sebanyak mungkin. Untuk lulus periksa dari sekolah rendah hinggalah ke tahap PHd, daya menghafal haruslah kuat. Apabila ada yang berpendapat diluar kotak ilmu kita, kita akan terus membangkang kerna akal kita tidak kesampaian sehingga kaca dianggap permata. Siapa yang rugi? Tepuk dada tanya diri.Bangunlah dari mimpi mimpi panjang dan berpijaklah dibumi yang nyata.

Sampai bila maruah anak cucu kita harus digadai hasil kejahilan kita sebagai bapa bapa yang ada hari ini. Orang berpolitik kita pun hendak berpolitik tapi tanpa disedar kita ini hanya bahan mainan orang orang politik bagi menghalalkan cara mereka. Dahulunya kerajaan dikatakan beri projek pada kroni akan tetapi hari ini pembangkang pun melakukan barang yang sama dan yang menanggung beban adalah rakyat yang masih dibuai mimpi panjang. Satu persatu isu dikeluarkan bagi memutar belit pemikiran kita tanpa kita sedari. Sikap menuding jari mencari salah orang, kitalah yang terbaik. Akan tapi siapa dialangan kita yang berani kedepan untuk menyatakan kebenaran. Bila disuruh kedepan, pelbagai alasan akan diberikan. Takut kena tangkap le, takut kena pulau le dan macam macam lagi. Yang paling teruk sekali adalah yang menurut membabi buta. Yang sanggup menegur demi kebaikkan mana? Yang terus menerus mengikut tanpa memahami lagi teruk. Ramai yang ada sekarang sudah menjadi bodoh yang tak dapat diajar dan cerdik tak boleh ditumpang.